RSS

GAMBAR HARI PERKAHWINAN ILA & SHAM

Gambar semasa hari perkahwinan aku bersama suami tercinta, gambar nie aku nak abadikan dalam blog aku. Saat aku bergelar isteri kepada suami tercinta pada 02/07/2004 itu detik yang bahagia dalam hidup aku. kami berkawan tak sampai pun setahun, Aku mengenali suami aku semasa aku pratikal di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, tu lah saat perkenalan aku bersama suami pada 28/5/2003. Bermula dari kawan hinggalah menjadi pasangan kekasih. Suami aku mula melamar aku menjadi isterinya pada 24/12/2003 dan keluarga suami aku datang meris pada 28/12/2007. Dalam Sibuk membuat persiapan untuk bertunang aku akan bertunang pada 8/02/2007 dengan ikatan setahun, Pihak aku mula membuat keputusan untuk menetapkan hari perkahwinan aku pada 02/07/2004 dalam masa 5 bulan aku dan keluarga sibuk membuat persiapan perkahwinan aku. Tepat 02/07/2004 aku sudah bergelar suami orang. Inilah gambar-gambar aku bersama suami tercinta. Aku lupa nak bagi tahu gambar aku ambil kat dalam album, so gambarnya tidak bergitu cantik.

Gambar nie masa kat studio

Gambar semasa aku nikah

Malam Berinai

Bersanding

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GAMBAR KENANGAN EMAK DAN AYAH DIKELANA JAYA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH

semasa ahli keluarga sibuk untuk sarapan pagi

Ayah Dan Kak Amy( Sister )

Emak, Mami, Enok Dan Kak Amy

Emak, Adam, Atika Dan Cik Mas ( kakak Ipar)

Fakrul,Emak,Nana,Acha, Kak dina ( Kak Ipar) , Rashid dan Adam. Ini keluarga ku

Emak dan Mak ngah ( Kakak Emak )

Cik Mas Dan Atikah

Ayah, Pak Ngah Dan Abg Zaidi ( Abg Ipar baju Merah )

Masih-masih tengah sarapan pagi

Kak Amy, Acha, Nana dan Emak

Ila, Cik Mas, Atikah, Emak, Nana, Acha, Fakrul dan Adam

Emak Tengah Menanti untuk masuk ke Kompleks Tabung Haji

Gambar diatas semua keluarga ku


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GAMBAR HARI RAYA











gambar nie semua family mertua aku
1. Aku & Adik Ipar aku ( Aleyaaneesa )
2. Aku Bersama Emak Mertua, Nenek, Kak Long, Ina ( biras aku ) Adik Ipar aku n anak saudara aku
3. Aku bersama kak Ipar ( kak long Anisah )
4. Suami Tercinta n Danish Hakim
5. Aku Bersama Suami aku Samsol

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

@@@CINTA & KASIH SAYANG @@@

'' Cinta dan kasih sayang
Harus bersatu
Untuk mewujudkan perasaan
Yang sungguh suci dan indah

''Cinta bukan mengajar
Kita lemah tetapi
Membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita
Menghinakan diri, tapi
Menghembunkan kegagahan
Cinta bukan melemahkan
Semangat tetapi
Membangkit semangat!!!!!

"Cinta bukan paksaan
Ia lahir dari dua perasaan
Kehadiran tiada yang merelakan
"KERANA"
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan

" Hati yang suci melambangkan
Jiwa yang murni
Jiwa yang murni melambangkan
Peribadi yang sejati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MY FAMILY




KELUARGA TERCINTA : SAMSOL, ILA DAN DANISH HAKIM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BALIK KAMPUNG

Askm......................

Seronok rasa beraya tahun nie, maner tidaknya aku yang cuti sampai satu minggu rasa macam tak puas, apa boleh buat kerja tetap diteruskan. Suasana hari raya pun belum tamat sehinggalah syawal berakhir pada 13 november 2007. Tahun nie aku beraya di rumah mertua aku di gelang patah semua ahli keluarga balik kampung, nak kata yang duk jauh tu taklah cuma kat kuala lumpur ajer, macam biasalah juadah untuk hari raya ketupat, rendang, ayam kari, pulut kuning dan lain-lain lagi. Ramai kanak-kanak yang datang untuk menikmati juadah hari raya dan duit ray . Selepas sembahyang Raya keluarga mertua aku mula bermaaf-maafan diantara satu sama lain, termasuklah aku memohon kemaafan ngan suami tercinta, yelah org banyak dosa ngan suami hehhehe. Lebih kurang pukul 4.30 ptg aku mula bersiap untuk balik negeri sembilan perjalanan mengambil masa 2jam setengah.Aku sampai ke rumah emak aku kul 8.00 mlm. Suasana di kampung aku sungguh meriah anak saudara aku yang x berapa ramai sangat cuma ada 10 org ajer, sampai ajer aku pun terus berpelukan dengan emak aku yang dah lama tak jumpa, bersalaman ngan kak aku yang tersayang. Aku cuma ada seorang ajer akak, abang ada dua orang ajer, tapi yang balik cuma akak aku ngan abg aku n family dia. Nak citelah sikit sampai ajer kampung aku mengperagakan barangan aku seperti kasut, baju , handbeg dan macam lain nak tunjukkan akak ipar aku yang aku panggil cik mas org kelakar tapi ada masa angin datang macam ragam dia buat. Akak aku pula tahun nie beraya tanpa suami tercinta, ialah org duk beraya abg ipar aku duk cari duit ...........biasalah keje sendiri ramai pula yang nak sewa van untuk melancong. Abg aku yang lagi seorng nie tahun nie dia beraya diterengganu. Setiap kali aku balik kampung tak pernahnya nak berehat mesti ada ajer keje yang nak dibuat. maner taknya asyik ke dapur ajer duknya. Hari raya ke 2 aku dan keluarga aku beraya di rumah wan sebelah ayah aku kat seremban, dari pukul 9.00pg hinggalah kul 3.50ptg barulah aku dan keluarga aku pulang keumah emak aku yang sangat cantik. Hari Raya 3 pula aktiviti aku sekeluarga membuat lemang, akak aku yang kat dapur tengak buat soto untuk temu yang datang berhari raya, aku, emak,akak ipar, abg, suami aku dan ayah sedang sibuk buat lemang. lemang makan tengak panas sedap gila. Hari raya ke 4 family aku, akak aku dan abg aku pulang ke johor balik untuk meneruskan aktiviti macam biasa (keje apa lagi ).



* Berita yang mengembirakan aku apabila dapat tahu tahun nie emak dan ayah aku dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ( haji)



* aku tak sempat nak rakam gambar Famliy aku ...............tengoklah nanti bila aku balik lagi sekali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

DARI ILA SEKELUARGA

*SILA KLIK KAD HARI RAYA DIATAS

SALAM SAYANG DARI ILA UNTUK PAPA DAN DANISH HAKIM

UNTUK KELUARGA DI NEGERI SEMBILAN , JOHOR DAN MERTUA DI GELANG PATAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUKA PUASA BERSAMA KELUARGA MERTUA

Rasa nya lama sangat tak tulis kat blog aku nie . Biasalah dah nak raya nie macam2 aktiviti yang perlu dibuat manernya nak sign kad raya untuk syarikat, setiap org kena sign . Aku rasa tangan nie naik lenguh pula . Hari raya semakin hampir, persiapan pun belum ada lagi , setakar beli baju danish hakim ajer mama n papa pun lum beli lagi . Semalam aku pergi berbuka dirumah mertua aku semua adik beradik ipar aku ada termasuk adik ipar aku yang berada di kl pun balik. Seronok pula berbuka puasa bersama cuma aku terkilan tak dapat buka puasa ngan keluarga aku di Negeri Sembilan ,lama tak jumpa emak n ayah aku disana. Apa 2 pun nanti raya aku dapat juga jumpa famliy aku kat n9. oooooohhhhhh lupa nak cite pasal buka puasa kat mertua. Emak mertua aku masak macam2 dengan laki aku suruh buat bubur lambuk. Rasa happylah sangat . Dalam masa yang sama aku ada janji ngan adik ipar aku nak buat kek walnut tunggu pun tunggu kata nak gi pekan gelang patah ajer tapi kul 4.30pth baru balik. Lepas adik ipar aku balik aku pun terus ke dapur nak mulakan operasi buat kek, bahan untuk buat kek walnut tu tak adalah susah sangat senang ajer. Belum buka puasa kek yang aku buat dah masak punyalah bau nya mak i sedapnya . Lepas buka puasa anak buah aku n anak aku main bunga api belum nak raya lagi dan nak main bunga api................ nak aku takut sikit nak main bunga api biasalah kecil lagi tunggulah nanti danish hakim dah 4thn. Lebih kurang kul 8.30mlm aku n famliy aku balik ker umah aku kat tmn universiti. Tahun nie kalau tak ada apa2 aku akan beraya di rumah mertua aku petang raya baru aku balik Negeri sembilan berjumpa dengan keluarga aku disana.

salam ramadhan untuk danish hakim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BOSAN@@@@@

Aku rasa hari nie hari yang paling membosan dalam hidup aku...... Maner taknya, org lain puasa juga tapi aku nie baru hari ini aje tak bangun sahur, dah nak rasa macam apa. Mungkin sebab cuaca kat johor terlalu panas ngan tak ada angin mungkin nie dugaan dari Allah.

Oklah babai...
Salam sayang,
mama dari danish hakim

SELAMAT BERBUKA PUASA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERITA BUKA PUASA PERTAMA

Assalammualaikum...............

Aku nie nak berkongsi cerita buka pertama aku di umah mertua. Pada mulanya aku ingat nak buka bersama suami dan anak aku kat Taman Universiti. Tapi bila setiap kali cuti anak aku mesti ajak aku balik umah nenek kat Gelang Patah. Pada mulanya rasa macam malas, tapi bila suami aku kata "hari nie kan mama nak masak lauk seafood tak sedaplah kalau kita makan tiga beranak ajer, apa kata kita balik umah emak. Aku dengan semangatnya teruslah ke dapur keluarkan bahan-bahan untuk aku masak kat umah mertua aku. Bila sampai kat umah mertua aku, senyap sepi aku ingat mertua aku ada kat dalam, rupa-rupanya mertua aku tiada di rumah. Masa aku tengah mengemas mertua aku pun balik ............. Tanpa membuang masa aku dan emak mertua terus menujuk ke dapur untuk masak berbuka puasa. Aku pun mulalah memotong bahan-bahan untuk memasak nak tahu apa yang aku masak ................... aku masak siakap stim, sotong goreng tepung, kailan ikan mesin dan tomyam, dalam masa yang sama mertua kau masak ikan masak merah. Bila tiba nak berbuka semua dah duduk kat depan makanan, orang belum berbuka tapi anak aku dah buka dulu sampaikan 3 kali tambah punyalah sedap aku dan mertua aku masak. Tepat 7.06 mlm aku dan ahli keluarga buka. Seronok bila berbuka beramai-ramai, itu pun kak long n famliy dan adik ipar aku yang kat KL tak balik, kalau balik lagi meriah. Oklah itu ajer aku nak coretkan kat dalam blog aku nie sebab dah lama nak tak tulis.

salam sayang untuk semua pembaca blogku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAHABAT AKU ANA

"...Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia berkeruh.
Jika Hati Seputih AWAN , jangan biar ia merdung.
Jika HATI seindah BULAN hiasi ia dengan iman ....."

SALAM RAMADHAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BULAN RAMADAN AL-MUBARAK



MASJID NABAWI DI MADINA

Assalammualaikum.............

Ya Allah, di awal Ramadan yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku yang datang ke blog aku ini, bahagaiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya dan kuatkan imannya.

Berikan kenikmatan ibadah, jauhkan dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada zuriat dan keturunannya dan masukkan dia dalam syurga-MU tanpa hisab . Amin YA ALLAH.............
SELAMAT BERPUASA & MAAF ZAHIR BATIN.

Salam Sayang Untuk Suami Tercinta : Samsol Wahab
Salam Sayang mama Untuk Danish Hakim
Salam Sayang Untuk Keluarga dan Keluarga Mertua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

@@ TWEETY @@@@

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANAK KESAYANGAN AKU, DI RUMAH NENEK SEMPENA MERDEKA

Semangat kemerdekaan.......... Aku harap anak aku akan jadi wira permain bola sepak akan datang, maklumlah baru 2 tahun dah pandai tendang bola macam orang dewasa. Semalam aku pergi Jusco saja jalan bersama keluarga aku. Tiba di satu kedai aku ternampak kasut bola budak, boleh dikatakan saiz macam anak aku, aku pun terus beli untuk anak kesayangan aku. Anak aku punyalah suka macam dapat apa. Dalam masa yang sama aku pun belikan dia raket badminton. Aku bagitahu dia maner yang dia nak, dia kata nak raket badminton, habis kasut bola macam maner, nanti danish nak main kat umah nenek ada padang, aku dengan suami aku punya nak ketawa macam nak apa..............

salam sayang mama untuk danish

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERITA BUAT KEK

Rasanya kalau aku cerita mesti org kata aku tak pandai buat kek. Pada 31 Ogos 2007 aku balik umah emak mertua aku , biasalah cuti panjang aku pun balik umah mertua aku di Gelang Patah. Cuti aku pun cuma 1 hari ajer, hari sabtunya aku kena pergi keje balik, so barang2 yang aku nak buat kek semuanya aku beli. Aku bersama adik ipar dan biras aku pun ada sekali . Nak tahu tak aku nak buat kek apa? KEK LOBAK MERAH yang sedap teramat sangat. Aku buat kek sampai 3 loyang tau, jangan mare...... Pada mulanya aku ingat kek tu tak jadi sebab kek tu masak cuma 30 minit ajer tapi yang aku masak nie sampai 1 jam. Aku bukannya tahu sangat pasal kek tu dah masak ker lum, aku pun apalagi panggillah mertua aku tolong tengokkan kek tu dah masak ker lum, kek tu tengah lum masak tepi2 dah nak hitam itu yang aku tak boleh tahan nak ketawa. Adik ipar dan biras aku yang sama buat kek dah tidur, biasalah ada peluang tidur apa lagi ambil kesempatanlah. Bila kek yang pertama dah masak, aku pun cubalah nyam... nyam... sedapnya tak terkata. Aku pun suruhlah mertua aku rasa, dia pun kata sedap.....macam nie boleh buka kedai kek. Bila 2 org tu bangun tidur apa lagi terus menujuk ker dapur nak rasa kek yang aku masak, bukan nak kata apalah, kat umah mertua aku tu semua ckp sedap, aku dengan senyum lebarnya sampaikan seluar yang aku pakai tu talinya terbalik ker belangkang hehhehe.

Itu ajer yang aku dapat cerita peristiwa buat kek kat umah mertua aku

salam sayang mama untuk Danish

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMERDEKAAN DI DATARAN BANDARAYA JOHOR

Aku bersama suami, anak dan Mertua pergi ke Dataran Johor Bahru untuk menyaksikan Ambang Kemerdekaan, aku ingat didataran Johor ada Ambang Kemerdekaan tapi rupanya tiada apa pun disana, yang ada pun cuma rakyat johor saja yang bersia-sia waktu malam. Nak kata ramai tu tidaklah sebab kat dataran org MBJB tengah sibuk menghias bunga segar untuk acara perbarisan yang turut hadir sultan Johor. Tepat pada pukul 12.00mlm bermulalah detik Kemerdekaan yang ke 50thn. Letupan bunya api disekitar dataran bandaraya Johor Bahru semalam 20minit ajer tak macam kat danga bay letupan bunga api sehingga 12.30mlm tu yang dikata merdeka.......................... Aku rasa kelakar pula bila masa letupan bunga api anak aku mengajar papanya pulang kerana takut bunga api," papa balik.........papa danish takut bunga api papa, tanpa belenggah aku n family pun pulang untuk mengambil adik iparku yang datang dari kl. Selepas mengambil adik ipar aku, kitorang pun nak pergi makan, ingatkan nak makan kacang Pool tapi mertua aku dah kenyang, so suami aku beli tapau ajer. Suami aku bawa adik dia pergi makan kat tmn perling sebelum kami pula ke kg mertua aku di Sungai Melayu Gelang Patah.

Salam Sayang dari mama untuk danish hakim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GAMBAR AKU BERSAMA PENULIS NOVEL

Ohhhhhhhh sebelum aku nak mulakan cerita aku nak minta maaf banyak2 kat aleya kerana tanpa keizinan ambil gambar kat blog kau . Gambar nie semasa aku pergi ke alaf21 di Shah Alam, nie pun bukan kamera aku. Alau nak tahu yang pakai tudung hitam tu adalah aku ila dan tudung biru tu siapa tak kenal Aleya Aneesa penulis novel Alaf 21 dengan novel terbarunya janjiku bersamamu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

31 OGOS 1957

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

**LAGU NIE LAGU KESUKAAN ANAK AKU , SENANG CERITA PANTANG NAMPAK BENDERA NAK NYANYI LAGU MERDEKA AJER UMUR BARU 2THN 3BLN TAPI PERANGAI MACAM ORG DAH 4THN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50THN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50 TAHUN, SEMOGA NEGARA MALAYSIA AKAN TERUS AMAM DAMAI DAN MAKMUR.




















SALAM SAYANG DARI ANAK MALAYSIA,
SAMSOL, ILA & DANISH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN

Andainya di beri pilihan untuk memilih di antar kedua-duanya akan aku pilih kedua-duanya sekali kerana bagiku ia sama penting dan bernilai dalam hidup aku.

CINTA .............Satu ungkapan yang belum pasti akan kehendaknya kerana di keindahan dan lukisan cinta itu tersirat seribu khayalan yang pastinya akan menetap ketenangan jiwa tatkala ikatan dilamar kekusutan. Namun ia tetap menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan. Hakikatnya rasa cinta adalah suatu kurniaan illahi yang lahirnya ia adalah untuk setiap insan yang berakal, berhati dan perasaan..................

PERSAHABATAN........Suatu ikatan yang lahir dari keinginan untuk bersahabat, berkongsi tangisan dan tawa, berkasih sayang serta bermuafakat. Sesungguhnya sahabata adalah tempat berbicara tulus tentang impian dan pengetian hidup persahabatan yang suci adalah sesebuah perhubungan yang di sulami dengan benang kejujuran dihiasi dengan keiklas dan warna dengan pelangi ketulusan. Sekiranya yerjadi gunting dalam lipatan maka pincanglah kuluruhan sebuah persahabatan teman tersayang, mengertilah maksud aku ini sesunggunya apa yang tersurat itulah yang tersirat di hati ini sejak sekian lamanya... Kita bina tugu persahabatan ini hanya yang aku pintar darimi cuma sedikit perhatian dan gurau tawamu yang sejak akhir ini kian pudar dan hampir lenyap di mamah ke tidak kejujuranmu...

Cinta bukan paksaan
Ia lahir dari dua perasaan
Kehadirannya tidak diundang
Perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk
Di mengertikan...

Salam sayang dari teman ku dari kecil hingga besar... NORDIANA SAMSURI , NORBAIZURA ARSAH TEMAN AKU WALAUPUN MASING2 SUDAH BERGELAR ISTERI ORANG...

SAYANG DARI MAMA, DANISH HAKIM & SAMSOL WAHAB

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKU TAK BERSALAH

Sepanjang percintaan penuh cabaran
Dugaan kutempuhi redha
Tetapi terpaksa cinta
Berakhir di sini

Telah berulang kali sengaja kau ulangi
Kesilapan sama serupa
Setia di depan mata
Curang di baliknya

Memang benar tanpa kusedari
Dalam diam hatiku pedih
Lantaran sikapmu melukakan
Mengguris hati dan perasaan

Rupa-rupanya kasih sayang darimu
Dusta semata
Seandainya detik dan waktu
Dapat kuputar kembali
Ingin sekali lagi rasanya
Untuk kujatuh cinta semula

Namun yang pasti bukan dengan mu
Yang penuh palsu
Bukan sengaja aku menyakiti
Dirimu yang tak mungkin memahami

Erti kejujuran sebenar di dalam bercinta
Janganlah pula aku disalahkan
Kiranya kau diburu kekesalan
Tangis di akhirnya tak bermakna
Sepanjang percintaan penuh cabaran
Dugaan kutempuhi redha
Terpaksa ku biar cinta
Berakhir di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMANDANGAN DARI CAMERON HIGHLANDS


aku ambil gambar nie kat internet, teringin sangat nak pergi ke sana tapi nak wat macam maner belum ada rezeki lagi. Tunggulah bila ada cuti panjang boleh aku pergi CUTI-CUTI MALAYSIA, BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERJA TEMPAT BARU

Askm .................

Pada 13/08/2007, tepat pukul 8.00 pg aku tiba di tempat kerja, perasaan takut tu ada tapi aku buat macam biasa ajer, bos aku memang aku dah kena lama tapi bila aku dah kerja dengan dia aku rasa macam lain sikit. Maner taknye biasa aku boleh bergurau dengan dia tapi bila dah jadi bos aku rasa macam malu pula . Aku kerja di bahagian akaun, nak kata aku nie pandai tak juga, dulu masak sekolah aku kelas sastera bukan kelas akaun. Itu pun dah alhamdulilah. Kat opis baru nie tak ramai pekerja cuma ada 3 org staff dan 2 org bos, akak yang bahagian kerani tu cuti bersalin, terpaksalah aku nie ganti tempat dia dulu, lepas bln 9 baru aku buat kerja aku pula.

oklah sampai disini dulu bye sayang danishhakim .............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KATA-KATA HIKMAT

"Mencari sahabat bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak yang berduri. Bersedia untuk dilukai dan disakiti. Tapi jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudai kau temui, sayangilah ia sepenuh hati. Kau tentu tidak akan menyesal"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS