RSS

GAMBAR HARI RAYA











gambar nie semua family mertua aku
1. Aku & Adik Ipar aku ( Aleyaaneesa )
2. Aku Bersama Emak Mertua, Nenek, Kak Long, Ina ( biras aku ) Adik Ipar aku n anak saudara aku
3. Aku bersama kak Ipar ( kak long Anisah )
4. Suami Tercinta n Danish Hakim
5. Aku Bersama Suami aku Samsol

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

@@@CINTA & KASIH SAYANG @@@

'' Cinta dan kasih sayang
Harus bersatu
Untuk mewujudkan perasaan
Yang sungguh suci dan indah

''Cinta bukan mengajar
Kita lemah tetapi
Membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita
Menghinakan diri, tapi
Menghembunkan kegagahan
Cinta bukan melemahkan
Semangat tetapi
Membangkit semangat!!!!!

"Cinta bukan paksaan
Ia lahir dari dua perasaan
Kehadiran tiada yang merelakan
"KERANA"
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan

" Hati yang suci melambangkan
Jiwa yang murni
Jiwa yang murni melambangkan
Peribadi yang sejati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MY FAMILY




KELUARGA TERCINTA : SAMSOL, ILA DAN DANISH HAKIM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BALIK KAMPUNG

Askm......................

Seronok rasa beraya tahun nie, maner tidaknya aku yang cuti sampai satu minggu rasa macam tak puas, apa boleh buat kerja tetap diteruskan. Suasana hari raya pun belum tamat sehinggalah syawal berakhir pada 13 november 2007. Tahun nie aku beraya di rumah mertua aku di gelang patah semua ahli keluarga balik kampung, nak kata yang duk jauh tu taklah cuma kat kuala lumpur ajer, macam biasalah juadah untuk hari raya ketupat, rendang, ayam kari, pulut kuning dan lain-lain lagi. Ramai kanak-kanak yang datang untuk menikmati juadah hari raya dan duit ray . Selepas sembahyang Raya keluarga mertua aku mula bermaaf-maafan diantara satu sama lain, termasuklah aku memohon kemaafan ngan suami tercinta, yelah org banyak dosa ngan suami hehhehe. Lebih kurang pukul 4.30 ptg aku mula bersiap untuk balik negeri sembilan perjalanan mengambil masa 2jam setengah.Aku sampai ke rumah emak aku kul 8.00 mlm. Suasana di kampung aku sungguh meriah anak saudara aku yang x berapa ramai sangat cuma ada 10 org ajer, sampai ajer aku pun terus berpelukan dengan emak aku yang dah lama tak jumpa, bersalaman ngan kak aku yang tersayang. Aku cuma ada seorang ajer akak, abang ada dua orang ajer, tapi yang balik cuma akak aku ngan abg aku n family dia. Nak citelah sikit sampai ajer kampung aku mengperagakan barangan aku seperti kasut, baju , handbeg dan macam lain nak tunjukkan akak ipar aku yang aku panggil cik mas org kelakar tapi ada masa angin datang macam ragam dia buat. Akak aku pula tahun nie beraya tanpa suami tercinta, ialah org duk beraya abg ipar aku duk cari duit ...........biasalah keje sendiri ramai pula yang nak sewa van untuk melancong. Abg aku yang lagi seorng nie tahun nie dia beraya diterengganu. Setiap kali aku balik kampung tak pernahnya nak berehat mesti ada ajer keje yang nak dibuat. maner taknya asyik ke dapur ajer duknya. Hari raya ke 2 aku dan keluarga aku beraya di rumah wan sebelah ayah aku kat seremban, dari pukul 9.00pg hinggalah kul 3.50ptg barulah aku dan keluarga aku pulang keumah emak aku yang sangat cantik. Hari Raya 3 pula aktiviti aku sekeluarga membuat lemang, akak aku yang kat dapur tengak buat soto untuk temu yang datang berhari raya, aku, emak,akak ipar, abg, suami aku dan ayah sedang sibuk buat lemang. lemang makan tengak panas sedap gila. Hari raya ke 4 family aku, akak aku dan abg aku pulang ke johor balik untuk meneruskan aktiviti macam biasa (keje apa lagi ).



* Berita yang mengembirakan aku apabila dapat tahu tahun nie emak dan ayah aku dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ( haji)



* aku tak sempat nak rakam gambar Famliy aku ...............tengoklah nanti bila aku balik lagi sekali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

DARI ILA SEKELUARGA

*SILA KLIK KAD HARI RAYA DIATAS

SALAM SAYANG DARI ILA UNTUK PAPA DAN DANISH HAKIM

UNTUK KELUARGA DI NEGERI SEMBILAN , JOHOR DAN MERTUA DI GELANG PATAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUKA PUASA BERSAMA KELUARGA MERTUA

Rasa nya lama sangat tak tulis kat blog aku nie . Biasalah dah nak raya nie macam2 aktiviti yang perlu dibuat manernya nak sign kad raya untuk syarikat, setiap org kena sign . Aku rasa tangan nie naik lenguh pula . Hari raya semakin hampir, persiapan pun belum ada lagi , setakar beli baju danish hakim ajer mama n papa pun lum beli lagi . Semalam aku pergi berbuka dirumah mertua aku semua adik beradik ipar aku ada termasuk adik ipar aku yang berada di kl pun balik. Seronok pula berbuka puasa bersama cuma aku terkilan tak dapat buka puasa ngan keluarga aku di Negeri Sembilan ,lama tak jumpa emak n ayah aku disana. Apa 2 pun nanti raya aku dapat juga jumpa famliy aku kat n9. oooooohhhhhh lupa nak cite pasal buka puasa kat mertua. Emak mertua aku masak macam2 dengan laki aku suruh buat bubur lambuk. Rasa happylah sangat . Dalam masa yang sama aku ada janji ngan adik ipar aku nak buat kek walnut tunggu pun tunggu kata nak gi pekan gelang patah ajer tapi kul 4.30pth baru balik. Lepas adik ipar aku balik aku pun terus ke dapur nak mulakan operasi buat kek, bahan untuk buat kek walnut tu tak adalah susah sangat senang ajer. Belum buka puasa kek yang aku buat dah masak punyalah bau nya mak i sedapnya . Lepas buka puasa anak buah aku n anak aku main bunga api belum nak raya lagi dan nak main bunga api................ nak aku takut sikit nak main bunga api biasalah kecil lagi tunggulah nanti danish hakim dah 4thn. Lebih kurang kul 8.30mlm aku n famliy aku balik ker umah aku kat tmn universiti. Tahun nie kalau tak ada apa2 aku akan beraya di rumah mertua aku petang raya baru aku balik Negeri sembilan berjumpa dengan keluarga aku disana.

salam ramadhan untuk danish hakim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS