Rasa nya lama sangat tak tulis kat blog aku nie . Biasalah dah nak raya nie macam2 aktiviti yang perlu dibuat manernya nak sign kad raya untuk syarikat, setiap org kena sign . Aku rasa tangan nie naik lenguh pula . Hari raya semakin hampir, persiapan pun belum ada lagi , setakar beli baju danish hakim ajer mama n papa pun lum beli lagi . Semalam aku pergi berbuka dirumah mertua aku semua adik beradik ipar aku ada termasuk adik ipar aku yang berada di kl pun balik. Seronok pula berbuka puasa bersama cuma aku terkilan tak dapat buka puasa ngan keluarga aku di Negeri Sembilan ,lama tak jumpa emak n ayah aku disana. Apa 2 pun nanti raya aku dapat juga jumpa famliy aku kat n9. oooooohhhhhh lupa nak cite pasal buka puasa kat mertua. Emak mertua aku masak macam2 dengan laki aku suruh buat bubur lambuk. Rasa happylah sangat . Dalam masa yang sama aku ada janji ngan adik ipar aku nak buat kek walnut tunggu pun tunggu kata nak gi pekan gelang patah ajer tapi kul 4.30pth baru balik. Lepas adik ipar aku balik aku pun terus ke dapur nak mulakan operasi buat kek, bahan untuk buat kek walnut tu tak adalah susah sangat senang ajer. Belum buka puasa kek yang aku buat dah masak punyalah bau nya mak i sedapnya . Lepas buka puasa anak buah aku n anak aku main bunga api belum nak raya lagi dan nak main bunga api................ nak aku takut sikit nak main bunga api biasalah kecil lagi tunggulah nanti danish hakim dah 4thn. Lebih kurang kul 8.30mlm aku n famliy aku balik ker umah aku kat tmn universiti. Tahun nie kalau tak ada apa2 aku akan beraya di rumah mertua aku petang raya baru aku balik Negeri sembilan berjumpa dengan keluarga aku disana.
salam ramadhan untuk danish hakim
salam ramadhan untuk danish hakim






0 ulasan:
Catat Ulasan