RSS

BOSAN@@@@@

Aku rasa hari nie hari yang paling membosan dalam hidup aku...... Maner taknya, org lain puasa juga tapi aku nie baru hari ini aje tak bangun sahur, dah nak rasa macam apa. Mungkin sebab cuaca kat johor terlalu panas ngan tak ada angin mungkin nie dugaan dari Allah.

Oklah babai...
Salam sayang,
mama dari danish hakim

SELAMAT BERBUKA PUASA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERITA BUKA PUASA PERTAMA

Assalammualaikum...............

Aku nie nak berkongsi cerita buka pertama aku di umah mertua. Pada mulanya aku ingat nak buka bersama suami dan anak aku kat Taman Universiti. Tapi bila setiap kali cuti anak aku mesti ajak aku balik umah nenek kat Gelang Patah. Pada mulanya rasa macam malas, tapi bila suami aku kata "hari nie kan mama nak masak lauk seafood tak sedaplah kalau kita makan tiga beranak ajer, apa kata kita balik umah emak. Aku dengan semangatnya teruslah ke dapur keluarkan bahan-bahan untuk aku masak kat umah mertua aku. Bila sampai kat umah mertua aku, senyap sepi aku ingat mertua aku ada kat dalam, rupa-rupanya mertua aku tiada di rumah. Masa aku tengah mengemas mertua aku pun balik ............. Tanpa membuang masa aku dan emak mertua terus menujuk ke dapur untuk masak berbuka puasa. Aku pun mulalah memotong bahan-bahan untuk memasak nak tahu apa yang aku masak ................... aku masak siakap stim, sotong goreng tepung, kailan ikan mesin dan tomyam, dalam masa yang sama mertua kau masak ikan masak merah. Bila tiba nak berbuka semua dah duduk kat depan makanan, orang belum berbuka tapi anak aku dah buka dulu sampaikan 3 kali tambah punyalah sedap aku dan mertua aku masak. Tepat 7.06 mlm aku dan ahli keluarga buka. Seronok bila berbuka beramai-ramai, itu pun kak long n famliy dan adik ipar aku yang kat KL tak balik, kalau balik lagi meriah. Oklah itu ajer aku nak coretkan kat dalam blog aku nie sebab dah lama nak tak tulis.

salam sayang untuk semua pembaca blogku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAHABAT AKU ANA

"...Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia berkeruh.
Jika Hati Seputih AWAN , jangan biar ia merdung.
Jika HATI seindah BULAN hiasi ia dengan iman ....."

SALAM RAMADHAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BULAN RAMADAN AL-MUBARAK



MASJID NABAWI DI MADINA

Assalammualaikum.............

Ya Allah, di awal Ramadan yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku yang datang ke blog aku ini, bahagaiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya dan kuatkan imannya.

Berikan kenikmatan ibadah, jauhkan dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada zuriat dan keturunannya dan masukkan dia dalam syurga-MU tanpa hisab . Amin YA ALLAH.............
SELAMAT BERPUASA & MAAF ZAHIR BATIN.

Salam Sayang Untuk Suami Tercinta : Samsol Wahab
Salam Sayang mama Untuk Danish Hakim
Salam Sayang Untuk Keluarga dan Keluarga Mertua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

@@ TWEETY @@@@

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANAK KESAYANGAN AKU, DI RUMAH NENEK SEMPENA MERDEKA

Semangat kemerdekaan.......... Aku harap anak aku akan jadi wira permain bola sepak akan datang, maklumlah baru 2 tahun dah pandai tendang bola macam orang dewasa. Semalam aku pergi Jusco saja jalan bersama keluarga aku. Tiba di satu kedai aku ternampak kasut bola budak, boleh dikatakan saiz macam anak aku, aku pun terus beli untuk anak kesayangan aku. Anak aku punyalah suka macam dapat apa. Dalam masa yang sama aku pun belikan dia raket badminton. Aku bagitahu dia maner yang dia nak, dia kata nak raket badminton, habis kasut bola macam maner, nanti danish nak main kat umah nenek ada padang, aku dengan suami aku punya nak ketawa macam nak apa..............

salam sayang mama untuk danish

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERITA BUAT KEK

Rasanya kalau aku cerita mesti org kata aku tak pandai buat kek. Pada 31 Ogos 2007 aku balik umah emak mertua aku , biasalah cuti panjang aku pun balik umah mertua aku di Gelang Patah. Cuti aku pun cuma 1 hari ajer, hari sabtunya aku kena pergi keje balik, so barang2 yang aku nak buat kek semuanya aku beli. Aku bersama adik ipar dan biras aku pun ada sekali . Nak tahu tak aku nak buat kek apa? KEK LOBAK MERAH yang sedap teramat sangat. Aku buat kek sampai 3 loyang tau, jangan mare...... Pada mulanya aku ingat kek tu tak jadi sebab kek tu masak cuma 30 minit ajer tapi yang aku masak nie sampai 1 jam. Aku bukannya tahu sangat pasal kek tu dah masak ker lum, aku pun apalagi panggillah mertua aku tolong tengokkan kek tu dah masak ker lum, kek tu tengah lum masak tepi2 dah nak hitam itu yang aku tak boleh tahan nak ketawa. Adik ipar dan biras aku yang sama buat kek dah tidur, biasalah ada peluang tidur apa lagi ambil kesempatanlah. Bila kek yang pertama dah masak, aku pun cubalah nyam... nyam... sedapnya tak terkata. Aku pun suruhlah mertua aku rasa, dia pun kata sedap.....macam nie boleh buka kedai kek. Bila 2 org tu bangun tidur apa lagi terus menujuk ker dapur nak rasa kek yang aku masak, bukan nak kata apalah, kat umah mertua aku tu semua ckp sedap, aku dengan senyum lebarnya sampaikan seluar yang aku pakai tu talinya terbalik ker belangkang hehhehe.

Itu ajer yang aku dapat cerita peristiwa buat kek kat umah mertua aku

salam sayang mama untuk Danish

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMERDEKAAN DI DATARAN BANDARAYA JOHOR

Aku bersama suami, anak dan Mertua pergi ke Dataran Johor Bahru untuk menyaksikan Ambang Kemerdekaan, aku ingat didataran Johor ada Ambang Kemerdekaan tapi rupanya tiada apa pun disana, yang ada pun cuma rakyat johor saja yang bersia-sia waktu malam. Nak kata ramai tu tidaklah sebab kat dataran org MBJB tengah sibuk menghias bunga segar untuk acara perbarisan yang turut hadir sultan Johor. Tepat pada pukul 12.00mlm bermulalah detik Kemerdekaan yang ke 50thn. Letupan bunya api disekitar dataran bandaraya Johor Bahru semalam 20minit ajer tak macam kat danga bay letupan bunga api sehingga 12.30mlm tu yang dikata merdeka.......................... Aku rasa kelakar pula bila masa letupan bunga api anak aku mengajar papanya pulang kerana takut bunga api," papa balik.........papa danish takut bunga api papa, tanpa belenggah aku n family pun pulang untuk mengambil adik iparku yang datang dari kl. Selepas mengambil adik ipar aku, kitorang pun nak pergi makan, ingatkan nak makan kacang Pool tapi mertua aku dah kenyang, so suami aku beli tapau ajer. Suami aku bawa adik dia pergi makan kat tmn perling sebelum kami pula ke kg mertua aku di Sungai Melayu Gelang Patah.

Salam Sayang dari mama untuk danish hakim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS