RSS

CERITA BUAT KEK

Rasanya kalau aku cerita mesti org kata aku tak pandai buat kek. Pada 31 Ogos 2007 aku balik umah emak mertua aku , biasalah cuti panjang aku pun balik umah mertua aku di Gelang Patah. Cuti aku pun cuma 1 hari ajer, hari sabtunya aku kena pergi keje balik, so barang2 yang aku nak buat kek semuanya aku beli. Aku bersama adik ipar dan biras aku pun ada sekali . Nak tahu tak aku nak buat kek apa? KEK LOBAK MERAH yang sedap teramat sangat. Aku buat kek sampai 3 loyang tau, jangan mare...... Pada mulanya aku ingat kek tu tak jadi sebab kek tu masak cuma 30 minit ajer tapi yang aku masak nie sampai 1 jam. Aku bukannya tahu sangat pasal kek tu dah masak ker lum, aku pun apalagi panggillah mertua aku tolong tengokkan kek tu dah masak ker lum, kek tu tengah lum masak tepi2 dah nak hitam itu yang aku tak boleh tahan nak ketawa. Adik ipar dan biras aku yang sama buat kek dah tidur, biasalah ada peluang tidur apa lagi ambil kesempatanlah. Bila kek yang pertama dah masak, aku pun cubalah nyam... nyam... sedapnya tak terkata. Aku pun suruhlah mertua aku rasa, dia pun kata sedap.....macam nie boleh buka kedai kek. Bila 2 org tu bangun tidur apa lagi terus menujuk ker dapur nak rasa kek yang aku masak, bukan nak kata apalah, kat umah mertua aku tu semua ckp sedap, aku dengan senyum lebarnya sampaikan seluar yang aku pakai tu talinya terbalik ker belangkang hehhehe.

Itu ajer yang aku dapat cerita peristiwa buat kek kat umah mertua aku

salam sayang mama untuk Danish

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan: