RSS

KEMERDEKAAN DI DATARAN BANDARAYA JOHOR

Aku bersama suami, anak dan Mertua pergi ke Dataran Johor Bahru untuk menyaksikan Ambang Kemerdekaan, aku ingat didataran Johor ada Ambang Kemerdekaan tapi rupanya tiada apa pun disana, yang ada pun cuma rakyat johor saja yang bersia-sia waktu malam. Nak kata ramai tu tidaklah sebab kat dataran org MBJB tengah sibuk menghias bunga segar untuk acara perbarisan yang turut hadir sultan Johor. Tepat pada pukul 12.00mlm bermulalah detik Kemerdekaan yang ke 50thn. Letupan bunya api disekitar dataran bandaraya Johor Bahru semalam 20minit ajer tak macam kat danga bay letupan bunga api sehingga 12.30mlm tu yang dikata merdeka.......................... Aku rasa kelakar pula bila masa letupan bunga api anak aku mengajar papanya pulang kerana takut bunga api," papa balik.........papa danish takut bunga api papa, tanpa belenggah aku n family pun pulang untuk mengambil adik iparku yang datang dari kl. Selepas mengambil adik ipar aku, kitorang pun nak pergi makan, ingatkan nak makan kacang Pool tapi mertua aku dah kenyang, so suami aku beli tapau ajer. Suami aku bawa adik dia pergi makan kat tmn perling sebelum kami pula ke kg mertua aku di Sungai Melayu Gelang Patah.

Salam Sayang dari mama untuk danish hakim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan: