RSS

Saja - Saja

Lama sangat aku x buka blog aku nie, maner x nya aku sudah bertukar tempat keje. Dulunya aku keje di syarikat Kontraktor tapi sekarang aku keje di syarikat finance kereta, tempat lama aku. Bos lama aku tawarkan gaji yang agar besar berbanding yang dulu , nielah dinamakan rezeki. Aku bersyukur dengan apa yang tuhan berikan pada aku. Mungkin aku berhenti kat tempat lama ada sebab bukannya aku sesuka hati nak berhenti keje. Dulu masa aku keje kat finance kete gaji aku kecil ajer berbekalkan ilmu yang ada, aku cuba ditempat lain, ingatkan nak bertahan lama tapi bila bos aku pujuk aku suruh keje blk ngan apa aku tahu tentang sykt, aku pun berhentilah keje ngan notis 24jam. Masa aku kerja kat sykt kontraktor pun aku x tolah EPF dapat gaji penuh aku rasa macam rugilah pula, sebab benda tu untuk masa depan aku. Aku ingatkan cukup 3 bulan aku dah ditolak EPF. Sehinggalah aku keje sampai 6 bulan pun x ditolak lagi. Bila aku dapat tawaran balik keje kat tempat lama aku pun sukalah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan: